Great to all...Guru adalah kerjaya yang nampak senang..yalah kerja boleh dikatakan halfday tetapi tanggungan beban tanggungjawab sebenarnya sesuai dengan cara kerja atau masa kerja/cuti. Tanggungjawab guru begitu besar..'guru gagal negara gagal'..
Guru membawa tanggungjawab itu di seluruh pelusuk negara. Pendapatan boleh dikatakan antara yang terbaik antara kerjaya2 makan gaji yang lain. Jika tempat yang belum mempunyai kelengkapan atau kemudahan yang cukup mereka akan diberikan allowance mengikut keadaan tempat mereka mengajar.
Setiap tahun akan ada guru-guru baru yang akan dihantar ke kawasan yang telah ditetapkan oleh majikan mereka (Kementerian Pelajaran). Memang mereka ada mengisi borang pilihan tempat mengajar tetapi selalunya itu hanyalah sebagai 'penyedap hati'. Borang diisi tetapi akan ditentukan oleh majikan(juga bersangkut paut dengan kekosongan)
GURU SEMAKIN BERTAMBAH tetapi tempat kediaman atau kuater tidak bertambah. Jika di kawasan bandar mungkin tidak membimbangkan sangat kerana banyak rumah yang boleh disewa tetapi bagaimana pula yang berada di kawasan luar bandar atau pedalaman????Di mana lagi pilihan mereka untuk diam???? Guru terpaksa berkongsi satu rumah dan bilik. Sehinggakan ada yang berkongsi satu kuarter (2 bilik)sehingga 6 orang. Guru yang masih bujang mungkin masih boleh bersabar tetapi bagaimana dengsn guru yang sudah berkeluarga. Mereka diminta untuk memberikan komitmen penuh tetapi bagaimana itu boleh berlaku dengan keadaan tempat tinggal sedemikian. 'Rumah adalah tempat rehat yang paling baik setelah penat bekerja' tetapi ungkapan itu hanyalah untuk rumah yang selesa dan tenang. Bukan rumah yang sesak seperti...;(
Asalkan hari Jumaat, fikiran sudah berada di tempat lain terutama yang sudah berkeluarga. Bagi pasangan yang masing2 bekerja itu mungkin cerita lain. Kita bercerita mengenai rumah atau kediaman mereka. Memang mereka diberi allowance tambahan tetapi itu masih belum memadai dengan kesusahan yang mereka hadapi (mental dan fizikal)Jika kediaman sudah sedemikian rupa bagaimana boleh guru2 betah berada di sekolah..
Pernah ada sekolah yang mengubah suai asrama murid untuk menjadikan tempat kediaman kakitangan (ubah suai dalam kadar cost yang begitu rendah)Dah la bilik tanpa tingkap kemudahan elektrik pula tidak 24jam...Bagaimana keadaan di dalam bilik???paaaaaaaaaaaaaannnnnnnaaaaaaaaaaaaassss... Jika anda melihat sendiri anda mungkin akan mengerti. Tetapi yang paling menyedihkan.......TANDAS di ubah suai sebagai kediaman kakitangan...
Saya meluahkan ketidak puasan hati saya bukan untuk mengutuk pihak yang bertanggungjawab tetapi cuba memberi hint mengapa dan kenapa ada di antara guru-guru yang menolak untuk mengajar di pedalaman walaupun dengan imbuhan yang lumayan kerana fenomena ini hanya berlaku di kawasan luar bandar, juga hint mengapa standard keputusan luar bandar agak membimbangkan. Mungkin apa yang saya fikirkan salah, almaklumlah saya bukan golongan berpelajaran..hanya org kampung yang berbakti kepada tanah..tetapi saya bercerita berdasarkan keadaan sebenar dan situasi yang lama telaah saya perhatikan..
Biarlah kalau boleh 'rumah ku,sekolah ku syurga ku'...bukan sekolah ku kandang ku...
Jadi renung2kanlah..'guru gagal, negara gagal'..dan 'great employee come from great employer'-anak buah gagal sebab majikan gagal menjalankan tanggungjawab...great to all...
Friday, July 30, 2010
jalan raya
great to all..masih ingin membicarakan berkenaan keadaan jalan raya kita (jalan raya Sarawak)Bukan ingin menuding kepada sesiapa berkenaan masalah yang berkaitan dengan jalan ini. tetapi berusaha untuk mencari jalan penyelesaian kerana bagi saya masalah jalan di sarawak teruk. memang pihak yang berwajib berusaha untuk memberi kemudahan kepada rakyat jelata dan contoh nya lebuh raya pesisir pantai sarawak (lebuh raya ke tu???)kita bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak berwajib.
TETAPI...bagaimana keadaan jalan tersebut??? adakah standard untuk jalan di sarawak memang setakat tahap sekarang sahaja. sedih...sedih...mungkin fikiran saya tidak sampai jauh atau lebih mendalam mcm org lain..maklum org kampung,sekolah pun tak tinggi. jumpa lain kali. ayam di reban dah lapar..great..
TETAPI...bagaimana keadaan jalan tersebut??? adakah standard untuk jalan di sarawak memang setakat tahap sekarang sahaja. sedih...sedih...mungkin fikiran saya tidak sampai jauh atau lebih mendalam mcm org lain..maklum org kampung,sekolah pun tak tinggi. jumpa lain kali. ayam di reban dah lapar..great..
Wednesday, July 28, 2010
jalan raya
selalu tidak puas hati dengan keadaan jalan raya di sarawak khususnya. Bagaimanakah jalan-jalan kita boleh diluluskan dengan keadaan yang sedemikian rupa???
Subscribe to:
Posts (Atom)